Penerangan Penulisan Skrip Komersial
Nota penting:
- Artikel ini tidak akan diterbitkan atau diedarkan di luar laman web Penulisan Bunny Studio.
- Jika diterima, ia hanya akan digunakan sebagai "artikel contoh" di halaman profil penulis Bunny Studio anda.
- Anda tidak akan dibayar untuk projek ini kerana ini merupakan sebahagian daripada proses permohonan kami.
Arahan Projek
Pencerita: Serba tahu
Watak: Sehingga tiga (3)
Nama Produk atau Perkhidmatan: Bunny Continental
Panjang: 150 perkataan/75 perkataan (jumlah perkataan 225)
Bahasa: Inggeris - Amerika Utara
Kenyataan:
Konteks: Bunny Continental adalah syarikat penerbangan baharu yang memaparkan identiti sebagai rakan kembara perniagaan kelas tinggi yang memberikan penekanan besar kepada betapa mudah penggunaannya dan perkhidmatan pelanggannya yang sangat moden. Laluan permulaannya adalah di antara New York dan Los Angeles. Bunny Continental menggunakan pesawat Airbus 320 Neo terbaharu yang terkenal dengan kecanggihan teknologinya serta keselesaan kabinnya yang mewah dan luas. Tempahan boleh dibuat melalui domesticcontinental.com atau melalui aplikasi yang tersedia di App Store atau Google Play. Terdapat penerbangan bagi setiap dua jam antara pukul 6 pagi hingga 9 malam, Isnin hingga Ahad. Slogannya adalah: “Kami terbang untuk anda”.
Komen tambahan:
Dua (2) skrip radio komersial selama 30 saat dan 60 saat, masing-masing sebanyak 75 dan 150 patah perkataan.
Sila karangkan skrip bagi radio siaran komersial selama 60 saat dan juga 30 saat yang dapat dibaca pada kadar kelajuan normal (150 patah perkataan per minit) yang menonjolkan intipati Bunny Continental, menekankan atribut khusus, dan menjadikannya sangat menarik. Ia memerlukan satu seruan bertindak (CTA) yang kuat dan mestilah diakhiri dengan slogannya. Anda boleh melihatnya dari sudut pandang pencerita yang serba tahu atau menggunakan dialog yang melibatkan sehingga 3 watak. Ingat bahawa pendek dan ringkas itu adalah lebih baik. Semoga berjaya!